Pusat Sumber SKTS
Wednesday, 25 March 2015
Friday, 2 November 2012
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012 (ONE NATION READING TOGETHER)
OBJEKTIF : MEMBINA TABIAT MEMBACA DI KALANGAN MURID SEKOLAH
: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.
Pada hari Isnin 22 Oktober 2012, Panitia Bahasa Melayu mengadakan aktiviti membaca petikan,
membaca pantun, mendeklamasi sajak, kuiz berdasakan buku teks, melafazkan syair dan
membaca berita. Pada 23 Oktober panitia Bahasa Inggeris pula mengadakan aktiviti
action song dan puzzle. Kemudian pada hari terakhir iaitu hari Rabu, panitia Sains mengadakan aktiviti
untuk murid tahap 1 manakala panitia Matematik menjalankan aktiviti untuk murid tahap 2. Selepas semua aktiviti siap, majlis perasmian Read 2012, One Nation Reading Together selama 2,012 saat pula diadakan. Murid-murid juga membuat persembahan pada majlis yang sungguh bermakna ini dan hadiah-hadiah juga disampaikan kepada murid-murid yang menang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SKTS yang telah menjayakan program ini.
Saturday, 5 May 2012
KURSUS LADP SK TROLAK SELATAN
Pada Khamis, 3 Mei 2012, guru-guru SK Trolak Selatan telah menghadiri kursus LADP di Makmal Komputer SKTS. Pada kali ini guru-guru diberi tunjuk ajar tentang cara-cara membina blog dan ceramah Menangani Kebakaran. Kursus Membina blog telah disampaikan oleh Cikgu Ahmad Rafie bin Mat Noor. Cikgu Ahmad Rafie telah sudi berkongsi ilmu tentang membina blog kerana beliau aktif membina blog dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Diharap guru-guru dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk anak-anak didik SKTS. Sebelum ini, semua guru SKTS juga telah menghadiri satu lagi kursus LAPD di MRSM Felda.
Friday, 6 April 2012
Latihan Kebakaran SKTS 2012
Pada 2 dan 3 hb April, semua murid, guru dan staf SKTS telah menjalani latihan kebakaran. Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River telah diundang untuk memberi tujuk ajar. Latihan ini sangat penting untuk mendidik murid-murid cara menyelamatkan diri sekiranya terjadi kebakaran. Murid-murid diberi penerangan oleh guru kelas masing-masing tentang laluan yang boleh mereka ikuti apabila menghadapi situasi yang tidak diingini ini. Semua warga SKTS telah berkumpul dan diajar cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul. Disamping itu, ketua operasi bomba juga telah memberi beberapa tip yang amat berguna sekiranya menghadapi kebakaran. Semoga latihan seperti ini dapat diadakan dari masa ke masa supaya SKTS menjadi sekolah yang selamat untuk semua warganya.
Friday, 23 March 2012
MESYUARAT AGUNG PIBG
SK Trolak Selatan,
35600 Sungkai, Perak.
Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-33 / 2012
Pada 22 Mac 2012 hari Khamis, SK Trolak Selatan telah mengadakan mesyuarat agung PIBG sesi 2012 / 2014. Mesyuarat bermula pada pukul 2.45 petang di Dewan Suria SKTS. Ramai ibu bapa dan penjaga murid SKTS telah hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut. Pelbagai perkara dan usul telah dibincang secara sepakat dan harmoni. Yang Di Pertua PIBG sesi 2010 /2012 iaitu Encik Sulaiman bin Harun, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Wan bt Udoh dan Pengurus Felda Trolak Selatan iaitu Tn Hj Habib bin Sairi telah memberikan ucapan. Majlis Perasmian Penutup pula telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, SPMP; DPMP;PMP iaitu Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Malim. Majlis turut diserikan dengan acara nasyid oleh murid-murid tahun 6. Bagi sesi 2012 / 2014, Encik Noordin bin Harun telah dilantik menjadi YDP PIBG manakala Naib YDP pula ialah Encik Sulaiman. Enam orang dari kalangan ibu bapa murid juga telah dilantik menjadi AJK PIBG. YB Dato' Seri Ong Ka Chuan berharap ibu bapa dan penjaga dapat bekerjasama dengan guru-guru agar murid-murid akan terus cemerlang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.

Tuesday, 13 March 2012
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H / 2012 M PERINGKAT SEKOLAH
Subscribe to:
Comments (Atom)