Friday, 6 April 2012

Latihan Kebakaran SKTS 2012










Pada 2 dan 3 hb April, semua murid, guru dan staf SKTS telah menjalani latihan kebakaran.  Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River telah diundang untuk memberi tujuk ajar.  Latihan ini sangat penting untuk mendidik murid-murid cara menyelamatkan diri sekiranya terjadi kebakaran.  Murid-murid diberi penerangan oleh guru kelas masing-masing tentang laluan yang boleh mereka ikuti apabila menghadapi situasi yang tidak diingini ini.  Semua warga SKTS telah berkumpul dan diajar cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.  Disamping itu, ketua operasi bomba juga telah memberi beberapa tip yang amat berguna sekiranya menghadapi kebakaran.  Semoga latihan seperti ini dapat diadakan dari masa ke masa supaya SKTS menjadi sekolah yang selamat untuk semua warganya.

No comments:

Post a Comment