Friday, 23 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG

SK Trolak Selatan,
35600 Sungkai, Perak.

Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-33 / 2012











Pada 22 Mac 2012 hari Khamis, SK Trolak Selatan telah mengadakan mesyuarat agung PIBG sesi 2012 / 2014. Mesyuarat bermula pada pukul 2.45 petang di Dewan Suria SKTS. Ramai ibu bapa dan penjaga murid SKTS telah hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut. Pelbagai perkara dan usul telah dibincang secara sepakat dan harmoni. Yang Di Pertua PIBG sesi 2010 /2012 iaitu Encik Sulaiman bin Harun, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Wan bt Udoh dan Pengurus Felda Trolak Selatan iaitu Tn Hj Habib bin Sairi telah memberikan ucapan.  Majlis Perasmian Penutup pula telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, SPMP; DPMP;PMP iaitu Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Malim.  Majlis turut diserikan dengan acara nasyid oleh murid-murid tahun 6. Bagi sesi 2012 / 2014, Encik Noordin bin Harun telah dilantik menjadi YDP PIBG manakala Naib YDP pula ialah Encik Sulaiman.  Enam orang dari kalangan ibu bapa murid juga telah dilantik menjadi AJK PIBG. YB Dato' Seri Ong Ka Chuan berharap ibu bapa dan penjaga dapat bekerjasama dengan guru-guru agar murid-murid akan terus cemerlang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.

No comments:

Post a Comment